Sunday, May 18, 2008

SIFAT PEJUANG ISLAM - 4


BERWASPADA - 4

4. Waspada terhadap tindakan menyalahi perintah.

Dalam perang Uhud RasuluLlah SAW memerintahkan pasukan pemanah supaya tidak meninggalkan tempat pertahanan yang telah ditetapkan, dan selalu berhati-hati menyerang pasukan musuh yang hendak menyerang dari belakang pasukan muslimin. Baginda mengatakan “ Sekalipun ada burung helang menyambar seseorang kamu yang berjaga ditempat itu”. Ternyata sebahagian dari pasukan pemanah itu tidak mematuhi arahan tersebut kerana kerana tertarik dengan barang-barang yang ditinggalkan oleh musuh. Akhirnya anggota tentera muslimin diserang oleh musyrikin quraish.

5. Kewajipan harus ditunaikan samada kewajipan yang bersifat fardhu ain ataupun yang bersifat fardhu kifayah.

Tidak menghiraukan kewajipan boleh menyebabkan siksa Allah, sebaliknya apabila menunaikan kewajipan sebagaimana sepatutnya akan mendapat rahmat dan ri’ayah (perlindungan) Allah. Firman Allah SWT:

حقا علينا نصر المؤمنين

Maksudnya: Dan sememangnya menjadi tanggungjawab kami menolong orang-orang yang beriman. (Ar-Ruum 47)

Firman Allah SWT:

والمؤمنون والمؤمنت بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر

ويقيمون الصلوة ويؤتون الزكوة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله

Maksudnya: Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (At-Taubah 71).

Tidak menunaikan tanggungjawab akan mendapat kemurkaan Allah dan akan menerima hukumannya. Firman Allah SWT:

واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة

Maksudnya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu

secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).(Al-Anfaal 25)

Firman Allah SWT:

فلما نسوا ما ذكروا به أنجينا الذين ينهون عن السؤ وأخذنا الذين ظلموا

بعذاب بئيس بما كانوا يفسقون

Maksudnya: Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa Yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang Yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang Yang zalim Dengan azab seksa Yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).(Al-A’raaf 165)

Bersambung…..180520080359pm

No comments: