Tuesday, May 6, 2008

SIFAT PEJUANG ISLAM - 2

BERWASPADA - 2

Dalil tentang kewaspadaan sebagai ketentuan syariat.

1. Firman Allah SWT:
وإذا كنت فيهم فأقمت لهم الصلوة فلتقم طائفة منهم معك وليأخذوا أسلحتهم فإذا سجدوا فليكونوا
من ورائكم ولتأت طائفة أخرى لم يصلوا فليصلوا معك وليأخذوا حذرهم وأسلحتهم

Maksudnya:Dan apabila engkau (Muhammad SAW) berada dikalangan mereka (para sahabat berada di medan perang) dan engkau hendak menunaikan sembahyang bersama-sama (berjemaah) mereka, hendaklah sekumpulan dari mereka berdiri bersembahyang bersamamu sambil menyandang senjata. Apabila mereka telah sujud (menyelesaikan satu rakaat) hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh), lalu kumpulan kedua pula yang belum menunaikan sembahyang bersama-samamu. Hendaklah mereka semua bersedia berwaspada serta tetap menyandang senjata. (An-Nisa’ 102)

Ayat tersebut dengan tegas mewajibkan kaum muslimin supaya sentiasa berwaspada dan memahami sebab dan musabbab dalam usaha untuk menjamin keamanan manusia dan keselamatan individu-individunya. Ayat tersebut mensyariatkan perlaksanaan sembahyang menjadi dua kumpulan semasa dimedan peperangan supaya barisan pertahanan pasukan muslimin tidak kosong dan tanpa pengawasan.

2. Firman Allah SWT:

ياأيها الذين أمنوا خذوا حذركم فانفروا ثبات أو انفروا جميعا
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bersedia dan berwaspadalah, kemudian maralah ( kemedan perang ) secara berkempulan maralah secara beramai-ramai. ( An-Nisa’ 71 ).

Ayat tersebut juga dengan jelas menyeru kepada semua orang yang beriman supaya bersikap berwaspada, teliti dan berhati-hati supaya tidak ketinggalan.

JENIS KEWASPADAAN

1. Kewaspadaan terhadap keluarga.

Keluarga dapat membuat seseorang menjadi penakut dan kedekut. Kecintaan yang berlebih-lebihan kepada keluarga menyebabkan seseorang terkeluar dari jalan yang lurus, kecuali orang-orang yang kukuh imannya. Dalam keadaan itu mereka cenderung kepada perbuatan batil dan munkar, dengan sifat-sifat ini mereka adalah musuh.

Firman Allah SWT:
ياأيها الذين أمنوا إن من أزواجكم وأولادكم عدولكم فاحذروهم
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya ada dikalangan isteri-isteri dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu, oleh itu awaslah serta berjaga-jaga terhadap mereka. ( At-Taghabun 14 )

Ayat tersebut turun kerana menjelaskan sikap Auf bin Malik Al-asyja’iyy, ia mempunyai isteri dan anak-anak. Setiap kali beliau hendak berangkat ke medan perang untuk membela agama Allah semua anggota keluarganya menangis dan berusaha melemahkan hasratnya. Mereka selalu berkata “Kepada siapakah kami ini engkau hendak harapkan?”. Akhirnya Auf tidak sanggup meninggalkan mereka dan tinggal dirumah bersama-sama mereka.

Bersambung…….060520081222am

No comments: