Thursday, May 22, 2008

KEPENTINGAN SOLAT DALAM SYARIAT


KEDUDUKAN SOLAT DALAM
SYARIAT ISLAM


1. Sembahyang adalah ibadah yang pertama difardhukan.

Sembahyang adalah ibadah yang pertama difardhukan kepada Nabi Muhammad SAW. Keutamaan sembahyang fardhu jelas terserlah apabila ianya difardhukan secara terus dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa isra’ dan mikraj. Sabda Nabi SAW;
فرضت على النبى صلى الله عليه وسلم ليلة أسرى به الصلوات خمسين,ثم نقصت حتى خعبت خمسا,ثم نودى
يا محمد أنه لا يبدل القول لدى وأن لك به الخمس خمسين
Maksudnya: Difardhukan kepada Nabi SAW pada malam Isra’ dan Mikraj sembahyang sebanyak lima puluh rakaat, kemudian dikurangkan sehingga menjadi lima kali (sehari). Kemudian diseur oleh Allah “Wahai Muhammad, sesungguhnya ketetapanku ini tidak akan diubah dan bagimu dengan sembahyang lima kali (sehari)akan mendapatkan pahala sebanyak 50 kali

2. Sembahyang adalah asas kepada Islam.

Nabi SAW pernah ditanya tentang islam, beliau menjawab:
بنى الإسلام على خمس شهادة ان لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأقام الصلاة
وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت من استطاع إليه سبيلا
Maksudnya: Ditegakkan islam itu diatas lima perkara iaitu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa dibulan ramadhan dan menunaikan haji bagi sesiapa yang mampu untuk mengerjakannya.

Jelas kepada kita bahawa adalah merupakan salah satu unsur yang terpenting dalam islam, tanpanya maka tiadalah islam.Sebagaimana Sabda Nabi SAW:
الصلاة عماد الدين فمن أقامها فقد أقام الدين ومن تركها
فقد هدم الدين

Maksudnya: Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang menunaikannya, sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya (sembahyang)sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.

3. Sembahyang adalah kewajipan agama.

Firman Allah SWT:
إن الصلوة كانت على المؤمنين كتبا موقوتا
Maksudnya:Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.(An-Nisa’ 103)

Firman Allah SWT beserta dalil-dalil diatas menunjukkan tentang kedudukan solat didalam syariat islam, ia adalah suatu ibadah yang fardhu lagi wajib dan tidak boleh ditinggalkan atau diremeh-remehkan.

4. Sembahyang adalah amalan yang paling dekat kepada Allah SWT.

Apabila dalam solat seseoran itu berada paling hampir hamba dengan tuhannya. Oleh itu kita dapati Nabi SAW menganjurkan supaya sujud dilamakan semasa sembahyang.Sabda Nabi SAW
أقرب ما يكون العبد من ربه عزوجل وهو ساجد فأكثروا الدعاء .
Maksudnya: Saat paling dekat seseorang hamba dengan tuhannya ialah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ( dengan lama berdoa ketika sujud)

Sabda Nabi SAW:
عليك بكثرة السجود فإنك لا تسجد لله سجدة إلا رفعك الله بها درجة
وحط به عنك خطيئة

Maksudnya: Hendaklah kamu perbanyakkan sujud kepada Allah.Sesungguhnya tidaklah sekali kamu bersujud kepada Allah melainkan Allah mengangkat darjat kamu setingkatan dan menggugurkan satu dosa daripadamu.

5. Sembahyang adalah zikir kepada Allah SWT.

Amalan sembahyang adalah juga bacaan zikir, tasbih dan puji-pujian kepada Allah SWT. Berkata Abdullah Ibnu Abbas R.a, seorang sahabat Nabi SAW yang pakar dalam bidang tafsir, bahawa ayat dibawah ini adalah petanda bagi waktu-waktu sembahyang fardhu lima waktu.
" فسبحن الله حين تمسون وحين تصبحون وله الحمد فى السموات والأرض
وعشيا وحين تظهرون

Maksudnya: Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekelian makhluknya) dilangit dan dibumi, dan juga (bertasbihlah kepadanya serta pujilah dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

Bersambung……230520081154am

No comments: