Saturday, May 3, 2008

Ingatan kepada ahli agama sebagai exco kerajaan negeri pahang

BUAT AHLI AGAMA DALAM

EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG

Pada pilihanraya umum-11 UMNO Pahang telah menampilkan beberapa tokoh agama di dalam UMNO sebagai calon untuk meraih simpati rakyat dan bertepatan dengan islam hadhari yang dilaung-laungkan pada waktu itu. Mereka ialah Mohd Safri (Bukit Ibam), Munawar (Luit), Syafiq fauzan (Inderapura), Faisal Abdullah (Beserah), Abdul Rahman (Jengka), Wan Mohd Iqbal (Peramu Jaya) dan Muhammad Jaafar (Tahan).


Tetapi pada pilihanraya umum ke-12 ini lain pula jadinya apabila ada dikalangan mereka digugurkan daripada bertanding dalam pilihanraya. Iaitu Abdul Rahman (Jengka), Wan Mohd Iqbal (Peramu Jaya) dan Muhammad Jaafar (Tahan).


Namun Mohd Safri (Bukit Ibam), Munawar (Luit), Syafiq fauzan (Inderapura), Faisal Abdullah (Beserah, tapi kalah) terselamat. Kata Dato’ Tuan Ibrahim pesuruhjaya pas Pahang, mungkin yang digugurkan ini kerana tidak pandai berkaroeke ia dirujuk kepada sufri dan munawwar. Dengan pengguguran mereka ini, terbukti bahawa islam hadhari yang diperjuangkan selama ini adalah wayang kulit sahaja.


Pada 29 April 2008, 3 orang wakil rakyat dari BN telah mengangkat sumpah sebagai exco iaitu Yb Safri Abd Aziz (Bkt Ibam), Yb Shafiq Fauzan Shariff (Inderapura) dan Yb Fong Foong kuee (Cheka). Syabbas !!! saya ucapkan kepada tokoh agama dari UMNO ini kerana terpilih sebagai exco. Apapun, saya selaku rakyat yang bermaruah ingin mengingatkan bahawa dengan jawatan yang ada ini :

1. Amanah ini cukup besar, kerana ia berkait dengan rakyat bawahan yang semuanya akan dipersoalkan oleh Allah SWT diakhirat nanti.

2. Dengan kuasa yang kamu ada, kamu bertanggungjawab menegur pemerintah dari melakukan program yang berbentuk munkar.apatah lagi kamu sendiri nak berkaroeke. Diantara program munkar yang tersebar luas sekarang ini ialah expo yang di dalamnya ada unsur-unsur judi, jom heboh, program sambutan hari merdeka dan menyambut tahun baru yang bercampuran diantara lelaki dan perempuan. Semuanya ini boleh merosakkan akhlaq anak-anak kita.

3. Dengan kuasa yang ada pada kamu, anjurkanlah program-program yang boleh memantapkan aqidah dan akhlak muda-mudi. (Yb dari Inderapura dekat dengan Bandar kuantan,boleh round Bandar kuantan dan lihatlah anak-anak muda hari ini. Yb Bkt Ibam pula boleh lihat gelagat anak-anak peneroka dikeratong….)

Kehidupan kita sebagai mukmin ada batas yang Allah SWT telah tetapkan. Jadi sekiranya batas-batas ini tidak dijaga seperti halal dan haram, maka yb yang sudah semestinya mengaku sebagai mukmin tidak ada beza dengan yb dari cheka, yang sama-sama mengangkat sumpah sebagai exco sekali dengan yb berdua.

040520081230pm

1 comment:

Unknown said...

tak salah berhibur tapi mesti ade batasan nya...

menjadi seorang pemimpin bukan nya mudah...

akhlak remaja perlu dibentuk dari rumah...ibu bapa lah patot membentuk mereka...

contohnya kalau pemimpin tidak menganjurkan sebarang pogram berunsurkan hiburan ape tiada berlakunya gejala sosial...

jangan la kerana kita tidak sukakan seseorang pemimpin itu disebab kan parti yang diwakilinya maka dengan itu kite berusaha mencari kesalahan nya...

saya bersetuju memang benar kadangkala pogram2 yang berunsurkan hiburan ini kadang kala mengundang berlakunya gejala sosial...

tapi tidak semua disebabkan oleh perkara ini...seperti yang saya katakan tadi akhlak anak2 semua bermula dari rumah...

sekiranya akar umbinya sudah kukuh dengan pegangan agama,ibu bapa mengawal pergaulan anak2 saya rasa semua ini tak mungkin berlaku sama sekali...

sebelum kita menuding jari pada orang lihat lah keluarga kita dahulu...

SEKIAN....