Sunday, May 18, 2008

KOMPLOT MEREKA TERBONGKAR

PakLah berselisih faham dengan kekasihnya

Sebagaimana kita semua maklum, bahawa tempoh Tan Sri Rasyid sebagai pengerusi SPR telah tamat, oleh kerana sayangnya paklah kepada Tan Sri Rasyid, maka tempoh perkhidmatannya disambung kembali. Beberapa buah parti politik dan NGO tidak berpuas hati dengan sambungan khidmat tersebut, maka berlakulah demontrasi bersih kali ke dua, sehingga tertangkapnya aku dan pimpinan-pimpinan Parti dan NGO.

Tapi hari ini mereka berbalah, masing-masing mendedahkan kelemahan pasangan mereka, segala yang sulit dihebohkan tanda tidak sehaluan lagi….

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman buat kali pertama mendedahkan tindakan pihaknya membatalkan penggunaan dakwat identiti pengundi bertolak daripada keputusan Kabinet yang menolak rancangan itu daripada diteruskan.

Kata beliau, Kabinet menolak langkah SPR menggunakan dakwat khas, yang menelan kos hampir RM3 juta, atas dua alasan iaitu perundangan dan keselamatan pada hari Parlimen dibubarkan.

Parlimen dibubarkan pada 13 Februari manakala pengundian berlangsung pada 8 Mac. Pembatalan penggunaan dakwat diumumkan pada 4 Mac.

Pun begitu, Abdul Rashid, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas segala masalah yang wujud dalam isu berkenaan sehingga membawa kepada pembatalan penggunaan dakwat khas.

"Saya dimaklumkan bahawa Pas di wilayah timur telah membeli dakwat dari Thailand. Apabila UMNO mengetahuinya, UMNO pun membeli dakwat berkenaan.

"Ini diberikan secara bertulis oleh polis dan laporan yang sama diserahkan kepada Kabinet, dan mereka percaya ini yang berlaku," kata beliau


Kenyataan Paklah :Kabinet tidak mengarahkan sebaliknya mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan supaya membatalkan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai jemaah menteri selepas menerima beberapa maklumat berkaitan tindakan pihak tertentu yang dikatakan membeli dakwat berkenaan walaupun tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

“Kabinet curiga, mungkin dakwat yang dibeli itu untuk mengelirukan dan menimbulkan masalah sepanjang proses pengundian pada pilihan raya umum lalu.

“Bagaimanapun, keputusan itu hanya cadangan serta beberapa alasan yang disampaikan kepada Pengerusi SPR dan terserahlah kepada beliau memikirkan sama ada hendak melaksanakan pandangan kerajaan atau tetap berpendirian mahu menggunakan dakwat itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Malaysia ke-11, di sini, semalam.

Kita mesti melihat bahawa Ini adalah satu komplot untuk menggagalkan Barisan Alternatif dari terus mendapat kemenangan dalam pilihanraya. Selagi BN, tidak ada ungkapan baik buat mereka…

No comments: