Wednesday, May 7, 2008

GPMS bercelaru


GPMS MAKIN BERCELARU
Pada jam 2.01 am aku melayari laman internet, tempat persinggahan kegemaranku yang utama ialah diruangan The Star, Aku tertarik dengan kenyataan berani dan lantang yang disuarakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung( GPMS ) iaitu Datuk Reezal Merican Naina Merican terhadap Karpal Singh diatas ucapannya yang boleh dianggap biadab kerana mempertikaikan ucapan sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung isu pertukaran jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Masa yang diberikan kepada Yb Karpal Singh hanya seminggu untuk memohon maaf terhadap sultan, kalau beliau gagal berbuat demikian maka Reezal akan menggerakkan usaha meraih sokongan rakyat untuk mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada Karpal Singh, bahkan kenyataan Karpal dianggap sebagai penghasut dan boleh diletakkan dibawah akta hasutan dan akta keselamatan dalam negeri.

Kenyataan yang dibuat oleh Reezal ini dianggap sebagai double standard, sebelum ucapan ini ditujukan kepada Yb Karpal Singh sepatutnya terlebih dahulu ia ditujukan kepada Idris Jusoh yang terlebih dahulu biadab terhadap sultan Mizan apabila sultan tidak memperkenankan beliau menjawat jawatan MB. Lebih malang lagi pengikut-pengikut idris jusuh berdemo di hadapan kediaman resmi Menteri Besar yang tidak jauh daripada istana tetamu sambil membawa sepanduk, diantara sepanduk yang dibawa ialah “Kami nak Idris Natang”. Dimana Sdr Reezal, Syed Anuar, Jais Abdul Karim, Hang Tuah Din, Nardin Awang, Zamri Mat Isa danYb Safri Abdul Aziz, inilah orang kuat GPMS yang sepatutnya bersuara terhadap kebiadaban si idris jusuh.

Sekiranya Reezal benar-benar ikhlas memperjuangkan kemurnian institusi raja-raja, beliau mesti berani mendesak Perdana Menteri supaya meletakkan jawatannya, kerana Paklah lah yang mengarahkan supaya tidak menyokong Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Ini diakui oleh Rosul Wahid bidunil Wahyi didalam sebuah akhbar beberapa bulan lalu. Sedangkan ahmad Saidlah orang yang dikehendaki oleh sultan.

Saya percaya bahawa GPMS adalah sebuah NGO, sepatutnya bebas dari cenderung kepada mana-mana parti politik.Bahkan NGO sepatutnya menjadi pemerhati kepada perjalanan pemerintahan yang ada pada hari ini, tetapi kenyataan ini menggambakan bahawa mereka seolah-olah menjadi talibarut UMNO.

Kalau GPMS mempunyai gigi taring yang tajam, gerham yang kuat, kenapa tidak mendesak kerajaan supaya memecat Dato’ Annuar Musa yang mengambil duit PPRT sebanyak RM 40 juta?, mengapa tidak mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada mereka yang memberi rasuah kepada perwakilan didalam mesyuarat agung UMNO?

Beranikah pimpinan GPMS mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada sebahagian dari pemimpin UMNO atau kroninya yang mengambil tanah kemudian dijual serta merta kepada pengusaha cina di Selangor sebelum Pakatan Rakyat memerintah. ? Lihatlah :

1. Proxy YB Satim telah mendapat lebih 50 ekar di Puchung dan kemudiannya dijual.

2. Proxy YB Ahmad Bahari telah mendapat tanah di Ampang dan Gombak dan dijual

3. Proxy bekas YB Saidin Adam dapat tanah di Sg Buluh dan dijual

4. Proxy bekas YB Fauzi dapat tanah di Sg.Buluh dan dijual 5. Dato’ Onn Ismail dapat tanah beribu ekar di Pulau Indah atas nama koperasi dan dijual.

6. Proxy bekas wakil rakyat, Ramli Norani dapat tanah 400 ekar di Bukit Cherakah dan dijual.

7. Di Sabak Bernam, Jelutong Jati dapat 1000 ekar dan dijual.

8. Proxy Jakiran Jakomah dan Aziz Md.Nor dapat tanah di Ijok dan Klang dan dijual.

9. Proxy YB Fatah dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

10. Proxy YB Zakaria Samseng dapat tanah di Klang dan Shah Alam dan kemudiannya dijual

11. Proxy YB Rahman Padil dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

12. Adik Mohamad Taib, Proxy Musa Taib dapat tanah dan jual. Pernah dikatakan hasil jualan tanah-tanah itu tak habis 7 keturunan.

13. Proxy YB Zainal Sakom dapat tanah di Shah Alam

14. Proxy bekas YB Dato’ Shukur dapat tanah di Kuala Selangor dan Bukit Cherakah dan dijual.

15. YB Noh Omar dapat tanah di Kuala Selangor sebanyak 20 ekar dan dijual.

16. Proxy bekas YB Aziz Desa dapat tanah bersama kroni di Bukit Cherakah dan dijual. Boleh semak simpanan wang di Bank Rakyat banyak mana wang yang dipungutnya.

Sekiranya GPMS bertaring tajam, sila desak PM supaya ambil tindakan kepada nama-nama diatas tadi, kalau tidak masyarakat akan tahu bahawa GPMS hanya memakai gigi palsu sahaja. Saya bukanlah membela Karpal Singh dalam soal ini, tetapi islam menganjurkan kita melakukan keadilan sekalipun dengan orang bukan islam. Tidak adil sebelah pihak sahaja yang patut didakwa dibawah akta hasutan dan akta keselamatan dalam negeri, sedangkan perkara yang sama juga dilakukan oleh pemimpin BN.

080520080454am

4 comments:

Unknown said...

Terima kasih diatas keperihatinan sdr terhadap GPMS,dan terima kasih kerana telah mengheret GPMS ke situasi politik. Saya sebenarnya menyokong apa yang diperkatakan sdr, namun tidak adil jika dikaitkan 2 isu, Perlantikan Menteri Besar Terengganu dengan Pertukaran Dato' Jamry Sury. isu ini berbeza. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh adalah mencampuri hal Ehwal Kuasa Baginda Tuanku Sultan Perak, menafikan hak Tuanku Al-Sultan dan secara terang-terang melalui media yang ada dengan menyebut Tuanku Al-Sultan yang tidak mempunyai hak didalam isu tersebut. Manakala isu di Terengganu pula, dalang yang membantah perlantikan MB Terengganu yang baru tidak menyatakan spesifikasi yang tepat akan hal ehwal Kuasa Tuanku Al-Sultan. Lagipun isu tidaklah dibuat kenyataan terbuka yang telah menghina Institusi Beraja, ianya sekadar kecelaruan minda, yang terbabas diantara kehendak dan kuasa, diantara kehendak inginkan YB Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar dengan bidang kuasa DYMM Tuanku Al-Sultan. Diharap kita jangan mainkan isu yang boleh menggugat kestabilan politik negara, inginkan kemenangan, kita sanggup menikam susur galur kita. DYMM Raja-Raja Melayu wajiblah diteguhkan, kerana ia adalah institusi yang bertangjawab membangunkan insan bernama Melayu, mengadili sekalian Bangsa, Menyatukan Rumpunan Warganegara. Hilangnya Institusi ini, bermakna hilanglah maruah Bangsa Melayu, Runtuhlah jasad Malaysia.

PELAJAR YANG KENAL ERTI PERJUANGAN

Anakrusila said...

krmp perlu ingat.. apa yang saya faham dari apa yang dikehendaki oleh penulis ini ialah menegur sikap GPMS yang hanya lantang disebelah pihak sahaja tetapi menyepi diri apabila pemimpin BN mempertikai keputusan yang dibuat oleh baginda...kalau tak takkanlah penulis ini menyenaraikan begitu banyak mereka yang melakukan penyelewengan......bermakna penulis mahu keadilan dari GPMS dalam menyuarakan masalah. baru politik tanahair akan seimbang, kalau tak pembangkang sampai bila2 nampak jahat...

Pelajar UUMh

Anakrusila said...

nasihat dan tegurlah siapa yang buat silap sekalipun pemerintah...dalam artikal ini asas yg diambil oleh penulis ialah cara GPMS menangani hanya isu yang berlaku keatas pembangkang saja, begitulah nampaknya kehendak penulis ini. Jadi masa berlaku krisis perlantikan MB trg, kemana GPRS pergi..?

Saya ni orang kampung biasa jee.. tapi paham politik.

Anonymous said...

Annuar Musa pun pernah menabalkan sultan yang baru di Kelantan... ini juga mencabar Sultan Kelantan dan Majlis Raja-Raja.. Yang sebetulnya kadang-kadang sesetengah NGO itu ingin mengambil kesempatan utk popular atas isu hangat yang di mainkan di media arus perdana yg selama ini kita tahu hanya penyokong kepada BN