Saturday, May 24, 2008

SIFAT PEJUANG ISLAM - 5

Berwaspada -5

6. Berwaspada terhadap usaha memecah belahkan kaum muslimin.

Pernah berlaku dizaman RasuluLlah SAW peristiwa yang sangat masyhur didalam sejarah islam. Iaitu tentang pemulauan terhadap tiga orang sahabat Nabi SAW yang tidak turut didalam peperangan Tabuk bersama baginda. Raja Ghassasanah menggunakan kesempatan ini untuk berusaha membuat tawaran kepada salah seorang dari mereka. Ia menulis surat kepada orang yang dianggap dapat menerima tawaran tersebut iaitu Kaab bin Malik.

Kaab menceritakan pengalamannya : “Ketika aku sedang berjalan dipasar, seorang asing dari negeri Syam bertanya-tanya tentang diriku. Berpandukan petunjuk yang diberikan oleh beberapa orang ia menghampiriku, lalu menyerahkan sepucuk surat dari raja Bani Ghassan (kerajaan kecil di Syam berada dibawah naungan Rumawi) kepadaku. Surat yang dibungkus dengan kain sutera itu kubuka.

Isinya antara lain “ Amma Ba’du: Kami mendengar sekarang bahawa anda telah dipulau oleh sahabat anda. Tuhan tidak membiarkan anda menjadi hina dan kehilangan segala-galanya, oleh itu bersatulah bersama kami, kami pasti bergaul bersama anda dengan baik.”

Kaab menyatakan lagi: “Setengah surat itu ku baca, aku berkata seorang diri didalam rumah Ini cabaran bagiku aku mengalami kejadian seperti sekarang ini akibat kelemahan sendiri, dan itulah yang menjerumuskan diriku. Sekarang seorang dari kaum musyrikin berusaha memujuk diriku supaya berpihak kepadanya. Tidak….surat itu segera ku baker didalam dapur tungku.

Pengajaran dari sejarah Nabi SAW

Beberapa kewajipan seorang muslim: Seorang muslim harus berani dan harus mempunyai daya ketahanan yang kukuh untuk menghadapi berbagai kesukaran. Keberanian yang paling utama ialah keberanian berterus terang dan jujur mengenai kebenaran, berani menyimpan rahsia, berani mengakui kesalahan, berani melakukan keadilan terhadap diri sendiri dan mampu mengawal diri ketika marah.

Manakala tidak mampu menjaga rahsia, penakut, rendah diri, merasa lemah tak terdaya dan sifat-sifat buruk yang lain, bukan hanya membahayakan diri sendiri dan diri orang lain tetapi juga dapat menimbulkan pertengkaran, perpecahan dan kegagalan dalam setiap usaha.

Bersambung…..25052008115pm

No comments: