Saturday, May 24, 2008

SIFAT PEJUANG ISLAM - 5

Berwaspada -5

6. Berwaspada terhadap usaha memecah belahkan kaum muslimin.

Pernah berlaku dizaman RasuluLlah SAW peristiwa yang sangat masyhur didalam sejarah islam. Iaitu tentang pemulauan terhadap tiga orang sahabat Nabi SAW yang tidak turut didalam peperangan Tabuk bersama baginda. Raja Ghassasanah menggunakan kesempatan ini untuk berusaha membuat tawaran kepada salah seorang dari mereka. Ia menulis surat kepada orang yang dianggap dapat menerima tawaran tersebut iaitu Kaab bin Malik.

Kaab menceritakan pengalamannya : “Ketika aku sedang berjalan dipasar, seorang asing dari negeri Syam bertanya-tanya tentang diriku. Berpandukan petunjuk yang diberikan oleh beberapa orang ia menghampiriku, lalu menyerahkan sepucuk surat dari raja Bani Ghassan (kerajaan kecil di Syam berada dibawah naungan Rumawi) kepadaku. Surat yang dibungkus dengan kain sutera itu kubuka.

Isinya antara lain “ Amma Ba’du: Kami mendengar sekarang bahawa anda telah dipulau oleh sahabat anda. Tuhan tidak membiarkan anda menjadi hina dan kehilangan segala-galanya, oleh itu bersatulah bersama kami, kami pasti bergaul bersama anda dengan baik.”

Kaab menyatakan lagi: “Setengah surat itu ku baca, aku berkata seorang diri didalam rumah Ini cabaran bagiku aku mengalami kejadian seperti sekarang ini akibat kelemahan sendiri, dan itulah yang menjerumuskan diriku. Sekarang seorang dari kaum musyrikin berusaha memujuk diriku supaya berpihak kepadanya. Tidak….surat itu segera ku baker didalam dapur tungku.

Pengajaran dari sejarah Nabi SAW

Beberapa kewajipan seorang muslim: Seorang muslim harus berani dan harus mempunyai daya ketahanan yang kukuh untuk menghadapi berbagai kesukaran. Keberanian yang paling utama ialah keberanian berterus terang dan jujur mengenai kebenaran, berani menyimpan rahsia, berani mengakui kesalahan, berani melakukan keadilan terhadap diri sendiri dan mampu mengawal diri ketika marah.

Manakala tidak mampu menjaga rahsia, penakut, rendah diri, merasa lemah tak terdaya dan sifat-sifat buruk yang lain, bukan hanya membahayakan diri sendiri dan diri orang lain tetapi juga dapat menimbulkan pertengkaran, perpecahan dan kegagalan dalam setiap usaha.

Bersambung…..25052008115pm

Friday, May 23, 2008

PENGERUSI MASJID PERANGAI JAHAT

Pengerusi Masjid Jahat

Hari ini aku masih lagi berada dirumah mertuaku di Kg Ayer Jerneh, kemasik dalam daerah Kemaman. Sepatutnya aku menunaikan solat jumaat di Kg Semayor iaitu dikampung sebelah Kg Ayer Jernih.

Aku diberitahu, bahawa giliran membaca khutbah hari ini ialah Ustaz Wan Zamri, selepas bilal berselawat keatas Nabi, terus Ust Wan Zamri bangun untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang khatib, tiba-tiba bangun seorang tua (Hj Ya…umurnya hampir 75 tahun) meluru kearah bilal dengan membawa teks khutbah,juga hendak membaca khutbah. Akhirnya berlakulah perbalahan dihadapan para hadirin.

Akhirnya bangun pengerusi masjid Kg Semayor mengumumkan bahawa Ustaz Wan Zamri tidak dibenarkan untuk membaca khutbah dan surat tentang perkara tersebut telah dikeluarkan pada 1 Mei 2008 lagi.Akhirnya Ust Wan Zamri akur dengan pengumuman tersebut. Menyebabkan ada ahli-ahli qariah yang tidak berpuas hati dan turun meninggalkan masjid..Sedangkan Ust Wan Zamri mendapat tauliah dari istana.

Sekiranya beliau ikhlas dan bertanggungjawab diatas tugasnya sebagai pengerusi masjid, kenapa tidak dimaklumkan lebih awal lagi iaitu sebelum giliran Ust wan Zamri membaca khutbah?sedangkan dalam pengemumannya dimasjid tadi beliau menyatakan penguatkuasaan bermula pada 1 Mei 2008 lagi. Bermakna sudah 23 hari beliau mengetahui maklumat ini.

Inilah gambaran…betapa jahatnya pengerusi masjid Kampung Semayor, Kemasik, Kemaman. Peristiwa tersebut seolah-olah ada perancangan yang rapi untuk menjatuhkan air muka Ustaz Wan Zamri.

Sebagaimana yang diberitahu kepada saya bahawa ust Wan Zamri mendapat tauliah dari sultan untuk membaca khutbah di masjid itu. Ini bermakna pengerusi masjid ini tidak menghiraukan lagi tauliah itu.sekiranya benar maklumat itu, Nampak gayanya yang durhaka kepada sultan bukan setakat pengerusi UMNO Terengganu,tapi sampai ke orang bawahnya………

Thursday, May 22, 2008

KEPENTINGAN SOLAT DALAM SYARIAT


KEDUDUKAN SOLAT DALAM
SYARIAT ISLAM


1. Sembahyang adalah ibadah yang pertama difardhukan.

Sembahyang adalah ibadah yang pertama difardhukan kepada Nabi Muhammad SAW. Keutamaan sembahyang fardhu jelas terserlah apabila ianya difardhukan secara terus dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa isra’ dan mikraj. Sabda Nabi SAW;
فرضت على النبى صلى الله عليه وسلم ليلة أسرى به الصلوات خمسين,ثم نقصت حتى خعبت خمسا,ثم نودى
يا محمد أنه لا يبدل القول لدى وأن لك به الخمس خمسين
Maksudnya: Difardhukan kepada Nabi SAW pada malam Isra’ dan Mikraj sembahyang sebanyak lima puluh rakaat, kemudian dikurangkan sehingga menjadi lima kali (sehari). Kemudian diseur oleh Allah “Wahai Muhammad, sesungguhnya ketetapanku ini tidak akan diubah dan bagimu dengan sembahyang lima kali (sehari)akan mendapatkan pahala sebanyak 50 kali

2. Sembahyang adalah asas kepada Islam.

Nabi SAW pernah ditanya tentang islam, beliau menjawab:
بنى الإسلام على خمس شهادة ان لاإله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأقام الصلاة
وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت من استطاع إليه سبيلا
Maksudnya: Ditegakkan islam itu diatas lima perkara iaitu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa dibulan ramadhan dan menunaikan haji bagi sesiapa yang mampu untuk mengerjakannya.

Jelas kepada kita bahawa adalah merupakan salah satu unsur yang terpenting dalam islam, tanpanya maka tiadalah islam.Sebagaimana Sabda Nabi SAW:
الصلاة عماد الدين فمن أقامها فقد أقام الدين ومن تركها
فقد هدم الدين

Maksudnya: Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang menunaikannya, sesungguhnya ia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya (sembahyang)sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama.

3. Sembahyang adalah kewajipan agama.

Firman Allah SWT:
إن الصلوة كانت على المؤمنين كتبا موقوتا
Maksudnya:Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya.(An-Nisa’ 103)

Firman Allah SWT beserta dalil-dalil diatas menunjukkan tentang kedudukan solat didalam syariat islam, ia adalah suatu ibadah yang fardhu lagi wajib dan tidak boleh ditinggalkan atau diremeh-remehkan.

4. Sembahyang adalah amalan yang paling dekat kepada Allah SWT.

Apabila dalam solat seseoran itu berada paling hampir hamba dengan tuhannya. Oleh itu kita dapati Nabi SAW menganjurkan supaya sujud dilamakan semasa sembahyang.Sabda Nabi SAW
أقرب ما يكون العبد من ربه عزوجل وهو ساجد فأكثروا الدعاء .
Maksudnya: Saat paling dekat seseorang hamba dengan tuhannya ialah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ( dengan lama berdoa ketika sujud)

Sabda Nabi SAW:
عليك بكثرة السجود فإنك لا تسجد لله سجدة إلا رفعك الله بها درجة
وحط به عنك خطيئة

Maksudnya: Hendaklah kamu perbanyakkan sujud kepada Allah.Sesungguhnya tidaklah sekali kamu bersujud kepada Allah melainkan Allah mengangkat darjat kamu setingkatan dan menggugurkan satu dosa daripadamu.

5. Sembahyang adalah zikir kepada Allah SWT.

Amalan sembahyang adalah juga bacaan zikir, tasbih dan puji-pujian kepada Allah SWT. Berkata Abdullah Ibnu Abbas R.a, seorang sahabat Nabi SAW yang pakar dalam bidang tafsir, bahawa ayat dibawah ini adalah petanda bagi waktu-waktu sembahyang fardhu lima waktu.
" فسبحن الله حين تمسون وحين تصبحون وله الحمد فى السموات والأرض
وعشيا وحين تظهرون

Maksudnya: Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekelian makhluknya) dilangit dan dibumi, dan juga (bertasbihlah kepadanya serta pujilah dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur.

Bersambung……230520081154am

Wednesday, May 21, 2008

MARI KITA TEKAN PAKLAH



Kenyataan Media Murkriz Mahathir
Rabu, 21 Mei 2008

MERUJUK kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:

Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;

Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;

Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan

Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.

Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih.

Sunday, May 18, 2008

KOMPLOT MEREKA TERBONGKAR

PakLah berselisih faham dengan kekasihnya

Sebagaimana kita semua maklum, bahawa tempoh Tan Sri Rasyid sebagai pengerusi SPR telah tamat, oleh kerana sayangnya paklah kepada Tan Sri Rasyid, maka tempoh perkhidmatannya disambung kembali. Beberapa buah parti politik dan NGO tidak berpuas hati dengan sambungan khidmat tersebut, maka berlakulah demontrasi bersih kali ke dua, sehingga tertangkapnya aku dan pimpinan-pimpinan Parti dan NGO.

Tapi hari ini mereka berbalah, masing-masing mendedahkan kelemahan pasangan mereka, segala yang sulit dihebohkan tanda tidak sehaluan lagi….

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman buat kali pertama mendedahkan tindakan pihaknya membatalkan penggunaan dakwat identiti pengundi bertolak daripada keputusan Kabinet yang menolak rancangan itu daripada diteruskan.

Kata beliau, Kabinet menolak langkah SPR menggunakan dakwat khas, yang menelan kos hampir RM3 juta, atas dua alasan iaitu perundangan dan keselamatan pada hari Parlimen dibubarkan.

Parlimen dibubarkan pada 13 Februari manakala pengundian berlangsung pada 8 Mac. Pembatalan penggunaan dakwat diumumkan pada 4 Mac.

Pun begitu, Abdul Rashid, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas segala masalah yang wujud dalam isu berkenaan sehingga membawa kepada pembatalan penggunaan dakwat khas.

"Saya dimaklumkan bahawa Pas di wilayah timur telah membeli dakwat dari Thailand. Apabila UMNO mengetahuinya, UMNO pun membeli dakwat berkenaan.

"Ini diberikan secara bertulis oleh polis dan laporan yang sama diserahkan kepada Kabinet, dan mereka percaya ini yang berlaku," kata beliau


Kenyataan Paklah :Kabinet tidak mengarahkan sebaliknya mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan supaya membatalkan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai jemaah menteri selepas menerima beberapa maklumat berkaitan tindakan pihak tertentu yang dikatakan membeli dakwat berkenaan walaupun tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

“Kabinet curiga, mungkin dakwat yang dibeli itu untuk mengelirukan dan menimbulkan masalah sepanjang proses pengundian pada pilihan raya umum lalu.

“Bagaimanapun, keputusan itu hanya cadangan serta beberapa alasan yang disampaikan kepada Pengerusi SPR dan terserahlah kepada beliau memikirkan sama ada hendak melaksanakan pandangan kerajaan atau tetap berpendirian mahu menggunakan dakwat itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Malaysia ke-11, di sini, semalam.

Kita mesti melihat bahawa Ini adalah satu komplot untuk menggagalkan Barisan Alternatif dari terus mendapat kemenangan dalam pilihanraya. Selagi BN, tidak ada ungkapan baik buat mereka…

SIFAT PEJUANG ISLAM - 4


BERWASPADA - 4

4. Waspada terhadap tindakan menyalahi perintah.

Dalam perang Uhud RasuluLlah SAW memerintahkan pasukan pemanah supaya tidak meninggalkan tempat pertahanan yang telah ditetapkan, dan selalu berhati-hati menyerang pasukan musuh yang hendak menyerang dari belakang pasukan muslimin. Baginda mengatakan “ Sekalipun ada burung helang menyambar seseorang kamu yang berjaga ditempat itu”. Ternyata sebahagian dari pasukan pemanah itu tidak mematuhi arahan tersebut kerana kerana tertarik dengan barang-barang yang ditinggalkan oleh musuh. Akhirnya anggota tentera muslimin diserang oleh musyrikin quraish.

5. Kewajipan harus ditunaikan samada kewajipan yang bersifat fardhu ain ataupun yang bersifat fardhu kifayah.

Tidak menghiraukan kewajipan boleh menyebabkan siksa Allah, sebaliknya apabila menunaikan kewajipan sebagaimana sepatutnya akan mendapat rahmat dan ri’ayah (perlindungan) Allah. Firman Allah SWT:

حقا علينا نصر المؤمنين

Maksudnya: Dan sememangnya menjadi tanggungjawab kami menolong orang-orang yang beriman. (Ar-Ruum 47)

Firman Allah SWT:

والمؤمنون والمؤمنت بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر

ويقيمون الصلوة ويؤتون الزكوة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله

Maksudnya: Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. (At-Taubah 71).

Tidak menunaikan tanggungjawab akan mendapat kemurkaan Allah dan akan menerima hukumannya. Firman Allah SWT:

واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة

Maksudnya: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu

secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).(Al-Anfaal 25)

Firman Allah SWT:

فلما نسوا ما ذكروا به أنجينا الذين ينهون عن السؤ وأخذنا الذين ظلموا

بعذاب بئيس بما كانوا يفسقون

Maksudnya: Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa Yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang Yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang Yang zalim Dengan azab seksa Yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).(Al-A’raaf 165)

Bersambung…..180520080359pm

Monday, May 12, 2008

DI SEKITAR MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN JERANTUT

DISEKITAR MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN
JERANTUT KALI KE- 21
Perbarisan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Jerantut menanti ketibaan
Yb Dato' Paduka Hj Husam Musa (Naib Presiden Pas Pusat)

Ahli kelab penyokong PAS (kaum india) menyambut kedatangan
Yb Dato' Husam Musa dengan paluan kompang

Berbaju putih, saf dewan pemuda PAS kawasan Jerantut menyambut
kedatangan perwakilan.
Ahli kelab penyokong PAS perempuan turut hadir
kemajlis perasmian.
Yb Dato' Husam Musa menerima borang keahlian kelab penyokong
PAS dari Ketuanya Bala Subramaniam seramai 225 orang

Yb Dato' Husam dan Dr Hamzah Jaafar dikalongkan
bunga malai oleh Bala Subramaniam
Dr Hamzah disifatkan sebagai jambatan yang menghubung antara
PAS Jerantut dengan pelbagai kaum
Yb Dato' Husam Musa semasa ucapan perasmian
mesyuarat pas kawasan jerantut - 21

Dr, Itu Umno Musti jatuh jugak, kasi susah sama kitaa...

Hj Mustaffa (Ketua Cawangan Jerantut Ferry) sedang
mengemukakan usul

Saf kepimpinan Pas kawasan Jerantut Sessi 2007 - 2009

Ust. Hod Abdul Rahman menjawab persoalan bagi
Lajnah Tarbiyyah

Dari kanan: Ust Taufiq, Hj Rahman Teh, Ust Fadhli dan Abu Darda'.
Belakang: Ust Yuhanis Ahmad dan Hj Rauf Al-Junaidi.
















Saturday, May 10, 2008

ISLAM HADHARI -2

PRINSIP KEDUA
ADIL DAN BERAMANAH

1. ADIL

( Lihatlah sebuah akhbar (Makkal Osai) telah ditamatkan permitnya selepas dari membuat liputan tentang Majlis Black 14 di Kuala Lumpur, Turut dipamerkan pada muka depan akhbar itu gambar Dato' Sri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah.)

( Lihatlah saudara-saudara, dimana keadilan ISLAM HADHARI yang Zahid Hamidi nak terapkan? Adakah hanya pihak kerajaan rejim UMNO sahaja yang boleh menggunakan akhbar prima dan media elektronik? Habis macamana dengan Parti lain yang nak menyatakan prinsip dan sikap parti mereka kepada rakyat terbanyak ?.)

Firman Allah SWT:


ياأيها الذين أمنوا كونوا قوامين بالقسط شهداء لله ولو على أنفسكم أو الوالدين والأقربين
إن يكن غنيا أو فقيرا فالله أولى بهما فلا تتبعوا الهوى أن تعدلوا وإن تلووا أو تعرضوا فإن الله كان بما تعملون خبيرا.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, ibu bapa kamu dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa itu) kaya atau miskin, (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa).Kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan dan jika kamu memutarbelitkan keterangan atau enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (an-Nisa' 143)

2. BERAMANAH
Mereka yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah hendaklah menjaga amanah rakyat, tidak boleh mengambil hak rakyat untuk kepentingan peribadi.Anda mungkin boleh menghukum orang yang dibawah ini amanah atau tidak



. SALAH GUNA KUASA DAN “ RASUAH”OLEH PEJABAT MB/EXCO SELANGOR.

Berdasarkan kepada “Kanun Tanah Negara 1965 “ dan Pekeliling Kerajaan Prihatin,maka:

1. Mengapa Kerajaan Khir Toyo meluluskan pengurangan premium pada 22 Disember 2000 kepada syarikta-syarikat berkenaan setelah tamat tempoh selama 6 bulan?.( Tawaran pemilikan tanah pada Oktober 1994 dan lulus pengurangan bayaran premium Disember 2000 ,telah melebihi 7 tahun).

2. Siapakah yang memohon mendapatkan pengurangan premium?. Apakah syarikat –syarikat asal yang mendapat tanah atau U Wood Bhd ?.Syarikat-syarikat LK,Tg,S dan U tidak layak memohon sebab tempoh masa melunaskan bayaran premium telah tamat(melebihi 2 tahun). U Wood Bhd juga tidak layak memohon dan diberikan kelulusan sebab U Wood adalah syarikat besar dan tersenarai dibursa saham KL.

3. Berapa kalikah syarikat-syarikat berkenaan memohon pengurangan premium dalam masa lebih dari 7 tahun?.Mengikut pekeliling pejabat tanah,rayuan pengurangan premium paling bayak 2 kali.

4. Berapakah jumlah premium telah dikurangkan oleh MB Selangor : Jumlah asal adalah melebihi RM 68.2 juta? (Berdasarkan kepada surat PKNS kepada Khir Toyo bagi tanah yang diminta oleh Khir Toyo di Bangi,maka tidak mustahil jumlah premium tanah di Bukit Cherakah telah dikurangkan melebihi 50 %).

5. Dari September 1994 hingga Disember 2000 telah melalui 3 orang MB, bermula dengan Mat Taib ,Abu Hasan dan termasuk Khir Toyo sendiri.Mengapa bekas MB, Mat Taib dan Abu Hasan tidak berani meluluskan pengurangan premium,tetapi Khir Toyo yang baru sahaja memegang jawatan MB Selangor 4 bulan sudah rakus meluluskan permohonan tersebut?.

6. Mengapa Pejabat MB/PTS meluluskan penjualan dan pemindahan hak milik tanah dari syarikat-syarikat asal yang memohon tanah kepada U Wood Bhd walaupun syarikat-syarikat berkenaan tidak membayar premium dan telah tamat tempuh tawaran membayaran premium.

7. Mengikut syeksen 81 dan 82 Kanun Tanah Negara dan pekeliling PTS bahawa mana-mana tanah yang telah ditawarkan kepada pemohon dan tidak melunaskan bayaran premium dalam masa 2 tahun dengan sendirinya permohonan itu luput. Tetapi mengapa syarikat-syarikat berkenaan diberikan kelonggaran sehingga boleh merayu hingga 7 tahun dan dilayani begitu istimewa oleh Khir Toyo?.

8. Rozali Ismail,taukeh U Wood Bhd adalah juga merupakan taukeh Puncak Niaga Bhd yang banyak memberikan bantuan /sponsor terhadap Umno khususnya Umno Selangor dan Tg.Karang dan lebih khusus kepada Khir Toyo.


Orang-orang yang seperti inilah sepatutnya lebih awal dibersihkan dari UMNO sekiranya UMNO ikhlas hendak melaksanakan islamnya. tetapi orang yang seperti ini bebas berkeliaran seolah-olah tidak bersalah......


110520080246pm

Thursday, May 8, 2008

ISLAM HADHARI - 1


PRINSIP PERTAMA

"Kenapa perlu fobia dengan Islam Hadhari ia bukan satu mazhab atau agama baru. Lihatlah isi yang ada dalam pendekatan Hadhari," Inilah ucapan Zahid Hamidi yang dipetik didalam Bernama


DIBAWAH INI ADALAH PENDEKATAN HADHARI.TERANG-TERANGAN BERCANGGAH DENGAN ISLAM TULIN YANG DIBAWA OLEH NABI SAW.

PRINSIP ISLAM HADHARI

PRINSIP PERTAMA

KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH



Nabi SAW bersabda:
من زنى أو شرب الخمر نزع الله منه الإيمان كما يخلع الإنسان القميص
من رأسه

Bermaksud: Sesiapa yang berzina atau meminum arak, Allah mencabut imannya sebagaimana manusia mencabut baju dari kepalanya.

"Macamana prinsip yang pertama iaitu keimanan dapat dilaksanakan, kita lihat kedai-kedai yang menjual arak bertebaran, tidak ada pun institusi yang tertentu untuk memantau penjualannya kepada orang islam. sedangkan orang yang meminum arak boleh tercabut imannya. Mustahil prinsip ini dapat dilaksanakan tanpa diambil tindakan kepada orang islam yang meminumnya.



Laporan akhbar New Straits Times pada 9 Mac 2007 lalu dalam halaman E12 EPL bertajuk, “Heartbreak Of A Night For Liverpool” menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan kegilaan dan keaiban warga kota beragama Islam yang menjadi penyokong kelab bolasepak Inggeris terkenal, Liverpool dan Manchester United.


Taqwa bermaksud melakukan apa yang diarahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dilarang. Islam melarang percampuran diantara lelaki dan perempuan apatah lagi berpeluk seperti ini. Baikilah Zahid Hamidi.


Bersambung....080520081115pm















Wednesday, May 7, 2008

GPMS bercelaru


GPMS MAKIN BERCELARU
Pada jam 2.01 am aku melayari laman internet, tempat persinggahan kegemaranku yang utama ialah diruangan The Star, Aku tertarik dengan kenyataan berani dan lantang yang disuarakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung( GPMS ) iaitu Datuk Reezal Merican Naina Merican terhadap Karpal Singh diatas ucapannya yang boleh dianggap biadab kerana mempertikaikan ucapan sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung isu pertukaran jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Masa yang diberikan kepada Yb Karpal Singh hanya seminggu untuk memohon maaf terhadap sultan, kalau beliau gagal berbuat demikian maka Reezal akan menggerakkan usaha meraih sokongan rakyat untuk mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada Karpal Singh, bahkan kenyataan Karpal dianggap sebagai penghasut dan boleh diletakkan dibawah akta hasutan dan akta keselamatan dalam negeri.

Kenyataan yang dibuat oleh Reezal ini dianggap sebagai double standard, sebelum ucapan ini ditujukan kepada Yb Karpal Singh sepatutnya terlebih dahulu ia ditujukan kepada Idris Jusoh yang terlebih dahulu biadab terhadap sultan Mizan apabila sultan tidak memperkenankan beliau menjawat jawatan MB. Lebih malang lagi pengikut-pengikut idris jusuh berdemo di hadapan kediaman resmi Menteri Besar yang tidak jauh daripada istana tetamu sambil membawa sepanduk, diantara sepanduk yang dibawa ialah “Kami nak Idris Natang”. Dimana Sdr Reezal, Syed Anuar, Jais Abdul Karim, Hang Tuah Din, Nardin Awang, Zamri Mat Isa danYb Safri Abdul Aziz, inilah orang kuat GPMS yang sepatutnya bersuara terhadap kebiadaban si idris jusuh.

Sekiranya Reezal benar-benar ikhlas memperjuangkan kemurnian institusi raja-raja, beliau mesti berani mendesak Perdana Menteri supaya meletakkan jawatannya, kerana Paklah lah yang mengarahkan supaya tidak menyokong Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Ini diakui oleh Rosul Wahid bidunil Wahyi didalam sebuah akhbar beberapa bulan lalu. Sedangkan ahmad Saidlah orang yang dikehendaki oleh sultan.

Saya percaya bahawa GPMS adalah sebuah NGO, sepatutnya bebas dari cenderung kepada mana-mana parti politik.Bahkan NGO sepatutnya menjadi pemerhati kepada perjalanan pemerintahan yang ada pada hari ini, tetapi kenyataan ini menggambakan bahawa mereka seolah-olah menjadi talibarut UMNO.

Kalau GPMS mempunyai gigi taring yang tajam, gerham yang kuat, kenapa tidak mendesak kerajaan supaya memecat Dato’ Annuar Musa yang mengambil duit PPRT sebanyak RM 40 juta?, mengapa tidak mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada mereka yang memberi rasuah kepada perwakilan didalam mesyuarat agung UMNO?

Beranikah pimpinan GPMS mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan kepada sebahagian dari pemimpin UMNO atau kroninya yang mengambil tanah kemudian dijual serta merta kepada pengusaha cina di Selangor sebelum Pakatan Rakyat memerintah. ? Lihatlah :

1. Proxy YB Satim telah mendapat lebih 50 ekar di Puchung dan kemudiannya dijual.

2. Proxy YB Ahmad Bahari telah mendapat tanah di Ampang dan Gombak dan dijual

3. Proxy bekas YB Saidin Adam dapat tanah di Sg Buluh dan dijual

4. Proxy bekas YB Fauzi dapat tanah di Sg.Buluh dan dijual 5. Dato’ Onn Ismail dapat tanah beribu ekar di Pulau Indah atas nama koperasi dan dijual.

6. Proxy bekas wakil rakyat, Ramli Norani dapat tanah 400 ekar di Bukit Cherakah dan dijual.

7. Di Sabak Bernam, Jelutong Jati dapat 1000 ekar dan dijual.

8. Proxy Jakiran Jakomah dan Aziz Md.Nor dapat tanah di Ijok dan Klang dan dijual.

9. Proxy YB Fatah dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

10. Proxy YB Zakaria Samseng dapat tanah di Klang dan Shah Alam dan kemudiannya dijual

11. Proxy YB Rahman Padil dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.

12. Adik Mohamad Taib, Proxy Musa Taib dapat tanah dan jual. Pernah dikatakan hasil jualan tanah-tanah itu tak habis 7 keturunan.

13. Proxy YB Zainal Sakom dapat tanah di Shah Alam

14. Proxy bekas YB Dato’ Shukur dapat tanah di Kuala Selangor dan Bukit Cherakah dan dijual.

15. YB Noh Omar dapat tanah di Kuala Selangor sebanyak 20 ekar dan dijual.

16. Proxy bekas YB Aziz Desa dapat tanah bersama kroni di Bukit Cherakah dan dijual. Boleh semak simpanan wang di Bank Rakyat banyak mana wang yang dipungutnya.

Sekiranya GPMS bertaring tajam, sila desak PM supaya ambil tindakan kepada nama-nama diatas tadi, kalau tidak masyarakat akan tahu bahawa GPMS hanya memakai gigi palsu sahaja. Saya bukanlah membela Karpal Singh dalam soal ini, tetapi islam menganjurkan kita melakukan keadilan sekalipun dengan orang bukan islam. Tidak adil sebelah pihak sahaja yang patut didakwa dibawah akta hasutan dan akta keselamatan dalam negeri, sedangkan perkara yang sama juga dilakukan oleh pemimpin BN.

080520080454am

Tuesday, May 6, 2008

SIFAT PEJUANG ISLAM - 3

BERWASPADA - 3

2. Waspada terhadap bisikan nafsu.

Setiap muslim hendaklah selalu berwaspada terhadap pujukan hawa nafsu, jangan mudah mengikut orang lain dan jangan pula meninggalkan kebenaran dengan sesuatu alasan atau konon kerana itu ( mengikut orang lain dan mengenepikan kebendaan adalah cara berdakwah untuk menarik orang ramai ). Padahal orang yang berkenaan mengetahui bahawa perbuatan itu salah.

Firman Allah SWT:

وأن احكم بينهم بما أنزل الله ولا تتبع أهوائهم واحذرهم أن يفتنوك

عن بعض ما أنزل الله إليك

Maksudnya: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum diantara mereka dengan apa (ketentuan) yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikuti kehendak hawa nafsu mereka dan berwaspadalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. (Al-Maidah 49).

3. Berwaspada terhadap perbuatan maksiat.

Firman Allah SWT:

وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير

Maksudnya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan, namun Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu ( As-Syura 30 )

Mengenai hal ini , Ali bin Abi talib R.a pernah berkata kepada sahabatnya: “Aku khabarkan kepada kamu bahawa makna ayat tersebut didalam kitabullah itu yang paling afdhal ialah yang disabdakan oleh RasuluLlah SAW, bahawa setiap musibah yang menimpa kamu adalah akibat dari perbuatan kamu sendiri. Mengenai ayat tersebut beliau menerangkan kepadaku : “Wahai Ali, sesuatu musibah yang kamu alami seperti penyakit, hukuman atau cubaan (bala) didunia ini adalah aqibat perbuatan kamu sendiri.

Ikrimah mengatakan setiap malapetaka yang menimpa seseorang adalah disebabkan oleh dosa. Yang dikatakan oleh Ikrimah itu sesuai dengan firman Allah SWT:

من يعمل سؤا يجز به

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan kejahatan ia akan dibalas dengan kejahatan (yang dilakukannya itu. (An-Nisa’ 123)

Khalifah Umar Al-Khattab R.a berpendapat bahawa kemaksiatan lebih menakutkan dan lebih membahayakan keatas pasukan tentera muslimin daripada musuh.

Bersambung…070520081235pm

SIFAT PEJUANG ISLAM - 2

BERWASPADA - 2

Dalil tentang kewaspadaan sebagai ketentuan syariat.

1. Firman Allah SWT:
وإذا كنت فيهم فأقمت لهم الصلوة فلتقم طائفة منهم معك وليأخذوا أسلحتهم فإذا سجدوا فليكونوا
من ورائكم ولتأت طائفة أخرى لم يصلوا فليصلوا معك وليأخذوا حذرهم وأسلحتهم

Maksudnya:Dan apabila engkau (Muhammad SAW) berada dikalangan mereka (para sahabat berada di medan perang) dan engkau hendak menunaikan sembahyang bersama-sama (berjemaah) mereka, hendaklah sekumpulan dari mereka berdiri bersembahyang bersamamu sambil menyandang senjata. Apabila mereka telah sujud (menyelesaikan satu rakaat) hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh), lalu kumpulan kedua pula yang belum menunaikan sembahyang bersama-samamu. Hendaklah mereka semua bersedia berwaspada serta tetap menyandang senjata. (An-Nisa’ 102)

Ayat tersebut dengan tegas mewajibkan kaum muslimin supaya sentiasa berwaspada dan memahami sebab dan musabbab dalam usaha untuk menjamin keamanan manusia dan keselamatan individu-individunya. Ayat tersebut mensyariatkan perlaksanaan sembahyang menjadi dua kumpulan semasa dimedan peperangan supaya barisan pertahanan pasukan muslimin tidak kosong dan tanpa pengawasan.

2. Firman Allah SWT:

ياأيها الذين أمنوا خذوا حذركم فانفروا ثبات أو انفروا جميعا
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bersedia dan berwaspadalah, kemudian maralah ( kemedan perang ) secara berkempulan maralah secara beramai-ramai. ( An-Nisa’ 71 ).

Ayat tersebut juga dengan jelas menyeru kepada semua orang yang beriman supaya bersikap berwaspada, teliti dan berhati-hati supaya tidak ketinggalan.

JENIS KEWASPADAAN

1. Kewaspadaan terhadap keluarga.

Keluarga dapat membuat seseorang menjadi penakut dan kedekut. Kecintaan yang berlebih-lebihan kepada keluarga menyebabkan seseorang terkeluar dari jalan yang lurus, kecuali orang-orang yang kukuh imannya. Dalam keadaan itu mereka cenderung kepada perbuatan batil dan munkar, dengan sifat-sifat ini mereka adalah musuh.

Firman Allah SWT:
ياأيها الذين أمنوا إن من أزواجكم وأولادكم عدولكم فاحذروهم
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya ada dikalangan isteri-isteri dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu, oleh itu awaslah serta berjaga-jaga terhadap mereka. ( At-Taghabun 14 )

Ayat tersebut turun kerana menjelaskan sikap Auf bin Malik Al-asyja’iyy, ia mempunyai isteri dan anak-anak. Setiap kali beliau hendak berangkat ke medan perang untuk membela agama Allah semua anggota keluarganya menangis dan berusaha melemahkan hasratnya. Mereka selalu berkata “Kepada siapakah kami ini engkau hendak harapkan?”. Akhirnya Auf tidak sanggup meninggalkan mereka dan tinggal dirumah bersama-sama mereka.

Bersambung…….060520081222am

Saturday, May 3, 2008

Ingatan kepada ahli agama sebagai exco kerajaan negeri pahang

BUAT AHLI AGAMA DALAM

EXCO KERAJAAN NEGERI PAHANG

Pada pilihanraya umum-11 UMNO Pahang telah menampilkan beberapa tokoh agama di dalam UMNO sebagai calon untuk meraih simpati rakyat dan bertepatan dengan islam hadhari yang dilaung-laungkan pada waktu itu. Mereka ialah Mohd Safri (Bukit Ibam), Munawar (Luit), Syafiq fauzan (Inderapura), Faisal Abdullah (Beserah), Abdul Rahman (Jengka), Wan Mohd Iqbal (Peramu Jaya) dan Muhammad Jaafar (Tahan).


Tetapi pada pilihanraya umum ke-12 ini lain pula jadinya apabila ada dikalangan mereka digugurkan daripada bertanding dalam pilihanraya. Iaitu Abdul Rahman (Jengka), Wan Mohd Iqbal (Peramu Jaya) dan Muhammad Jaafar (Tahan).


Namun Mohd Safri (Bukit Ibam), Munawar (Luit), Syafiq fauzan (Inderapura), Faisal Abdullah (Beserah, tapi kalah) terselamat. Kata Dato’ Tuan Ibrahim pesuruhjaya pas Pahang, mungkin yang digugurkan ini kerana tidak pandai berkaroeke ia dirujuk kepada sufri dan munawwar. Dengan pengguguran mereka ini, terbukti bahawa islam hadhari yang diperjuangkan selama ini adalah wayang kulit sahaja.


Pada 29 April 2008, 3 orang wakil rakyat dari BN telah mengangkat sumpah sebagai exco iaitu Yb Safri Abd Aziz (Bkt Ibam), Yb Shafiq Fauzan Shariff (Inderapura) dan Yb Fong Foong kuee (Cheka). Syabbas !!! saya ucapkan kepada tokoh agama dari UMNO ini kerana terpilih sebagai exco. Apapun, saya selaku rakyat yang bermaruah ingin mengingatkan bahawa dengan jawatan yang ada ini :

1. Amanah ini cukup besar, kerana ia berkait dengan rakyat bawahan yang semuanya akan dipersoalkan oleh Allah SWT diakhirat nanti.

2. Dengan kuasa yang kamu ada, kamu bertanggungjawab menegur pemerintah dari melakukan program yang berbentuk munkar.apatah lagi kamu sendiri nak berkaroeke. Diantara program munkar yang tersebar luas sekarang ini ialah expo yang di dalamnya ada unsur-unsur judi, jom heboh, program sambutan hari merdeka dan menyambut tahun baru yang bercampuran diantara lelaki dan perempuan. Semuanya ini boleh merosakkan akhlaq anak-anak kita.

3. Dengan kuasa yang ada pada kamu, anjurkanlah program-program yang boleh memantapkan aqidah dan akhlak muda-mudi. (Yb dari Inderapura dekat dengan Bandar kuantan,boleh round Bandar kuantan dan lihatlah anak-anak muda hari ini. Yb Bkt Ibam pula boleh lihat gelagat anak-anak peneroka dikeratong….)

Kehidupan kita sebagai mukmin ada batas yang Allah SWT telah tetapkan. Jadi sekiranya batas-batas ini tidak dijaga seperti halal dan haram, maka yb yang sudah semestinya mengaku sebagai mukmin tidak ada beza dengan yb dari cheka, yang sama-sama mengangkat sumpah sebagai exco sekali dengan yb berdua.

040520081230pm

gambar abna'i......

ANAKKU YANG BERUSIA 3 MINGGU BERNAMA
MOHD KHALID MASY'AL

Berbaju Merah ialah Yahya Ayyash (ANAK SULUNG) dan sebelah, adik Izz Abdus Salam (ANAK KE-2)


SEMOGA KEHIDUPANMU SEMUA DILITUPI KEHIDUPAN PARA ULAMA' DAN SYUHADA'

AAAMINN...