Saturday, October 1, 2011

MAJLIS FATWA RANCANG TEMUI PM, LAMBAKAN FILEM,DRAMA HANTU KHUATIRI PESONG AKIDAH...LAMBAKAN TOLAK HUDUD MACAMANA ?

Syaikh Ismail Muhamad
Syaikh Ismail Muhamad

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu yang cukup popular sekarang kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam.

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata majlis menggesa kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosi kepercayaan karut.

Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana. - Syaikh Ismail Muhamad, Imam Besar Masjid Negara

“Kami setuju perkara khurafat seperti ini patut dihapuskan. Kita kena bina pemikiran dan kerohanian masyarakat dengan perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

“Perkara ini juga sudah dibawa kepada pihak berwajib. Namun, mereka tidak peka dan kami bercadang berbincang dengan Perdana Menteri untuk menyuarakan hasrat mufti ini,” katanya kepada Berita Minggu ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad Shukri yang juga Mufti Kelantan mengulas pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung berlakunya lambakan cerita hantu di negara ini yang mempromosi kepercayaan karut serta tidak membantu masyarakat menjadi produktif.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhamad, berkata umat Islam yang terlalu taksub dan mempercayai hantu atau makhluk selain Allah SWT, boleh menjadi syirik.
“Mereka yang syirik adalah berdosa besar sehingga segala amalan baik yang dibuatnya sebelum ini akan terhapus begitu saja hinggalah mereka bertaubat.

“Menonton cerita begini tidak membawa kebaikan, tidak memberi keuntungan hanya perasaan takut, lemah semangat serta tidak baik kepada negara yang memerlukan rakyat yang berpengetahuan dan bijaksana,” katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr Maamor Osman menggesa tapisan menyeluruh yang lebih ketat patut dilakukan ke atas penerbitan dalam dan luar negara yang menolak konsep ketuhanan dan berlawanan dengan akidah serta norma masyarakat

ULASAN : Tahniah kepada majlis fatwa kerana merancang untuk bertemu dengan PM untuk membincangkan cerita dan drama hantu yang akhir-akhir ini menjadi tarikan kepada masyarakat.Keprihatinan ahli majlis fatwa terhadap aqidah ummat islam yang berada di negara ini amat-amatlah di hargai kerana biimbang masyarakat terus sesat. Tetapi kita harapkan janganlah ahli majlis hanya memandang sebelah mata sahaja definasi sesat ini, orang yang menolak hudud juga boleh menjadi sesat dan rosak aqidah mereka, orang yang mempersenda-sendakan islam seperti lukisan kartun di akhbar utusan tempoh hari juga boleh menjadi sesat. Jadi kita harapkan ahli majlis fatwa apabila bertemu dengan PM nanti tidak sahaja membincangkan tentang cerita-cerita hantu yang dapat menggugat aqidah ummat islam, bahkan turut sama mengheret isu -isu yang berkait dengan penolakan hudud dan sebagainya.

No comments: