Wednesday, October 19, 2011

Gambar palsu untuk fitnah anak LGE

Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 03Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim, kata Pua.

"(Beliau) sekarang pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat. Semua ini membuktikan bahawa dakwaan oleh cybertrooper Umno adalah pembohongan,” katanya.

Pua menyifatkan tindakan keji penulis blog berkenaan yang mengheret anak Lim itu sebagai “memalukan bangsa, agama dan negara” mereka dan bertujuan memusnahkan masa depan remaja itu.

"Malah, penulis blog cuba memberi kredibiliti pendustaan mereka dengan menyiarkan gambar gadis muda itu,” kata Pua merujuk blog yang turut memuat-naikkan gambar mangsa-mangsa berkenaan.

NONEMenurut Pua, tembelang penulis blog itu berjaya dibongkar oleh pengurus IT DAP Goh Kheng Teong yang mengesan identiti gadis itu selepas gambarnya dimuat-naikkan di blog mereka.

“Tidak ada sesiapa di sekolah anak Lim yang mengenali siapa gadis itu, termasuk pengetua dan guru-guru.

“Tidak memeranjatkan kerana gadis itu tidak pernah belajar di Pulau Pinang dan bukan juga warga Malaysia,” katanya.

Corke, yang kini menuntut di Wellesley College, adalah pemain catur yang terhandal dan menjadi wanita pertama yang mewakili universitinya dalam Liga Catur Amerika Syarikat.


ULASAN : Sekarang ini bukan setakat si ayah yang menjadi bahan fitnah UMNO/ BN bahkan anaknya juga menjadi bahan Siri fitnah UMNO /BN.Persoalan dosa pahala sudah tidak ada lagi dalam kamus kehidupan UMNO, yang penting bagi mereka ialah untuk meraih kemenangan tanpa batas sempadan.Dulu yang menjadi mangsa mereka Lim Guan Eng sendiri, apabila disebarkan oleh blog pro UMNO yang YAB LIM sedang menyembelih lembu, LGE tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul dan lagi lagi......Ini gambaran bahawa UMNO/BN terlalu terdesak untuk meraih sokongan rakyat, sanggup berbuat apa sahaja.....

No comments: