JITRA: Ahli UMNO perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang UMNO akan terhapus.
"Dulu orang UMNO berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.
"Jika diadakan PRU waktu ini, UMNO boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di sini, hari ini.
Hampir 2,000 pengerusi dan setiausaha JKKKP dari seluruh negeri hadir mendengar bicara beliau yang berlangsung selama sejam. Hadir sama pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir serta jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah.
Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada PRU ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang UMNO ini terhapus.
Beliau yang ditanya adakah sesuai PRU diadakan sekarang, menjawab: "Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun UMNO belum cukup kuat."
"Dalam UMNO masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang UMNO seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain," katanya.
Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: "Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah." ( Laporan berita harian online )
"Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.
"Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel....adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.
"Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama.
"Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud," soal Dr Mahathir. ( Berita Harian )
ULASAN :Tun Mahathir kena ingat, masa zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn dulu memang rakyat korban harta benda mereka sebab kerajaan pada masa tu tolong rakyat, tapi lepas tu...dah pakat pentingkan diri sendiri dan kroni masing-masing...Tun jangan buat tak ingat,IPP iaitu sebuah syarikat pengeluar tenaga bebas,siapa yang punya ?begitu juga dengan PM-PM selepas dari Tun, sama sahaja.Habiss...macamana rakyat nak respek kat Umno sekarang.
Kemudian berkait dengan hudud, ulamak-ulamak islam lampau yang bahas....bahawa hudud hanya dikenakan kepada orang islam sahaja,manakala orang yang bukan islam mereka diberi pilihan samada untuk menggunakan hukum islam atau sebaliiknya...Bukan Nik Aziz yang saja-saja reka....Tun sangat takut bila disebut hukum hudud kenapa ye ? Betullah kata Ustaz Nik Abduh (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) "Sekarang ada dua tuhan, satu tuhan tak mahu kepada hudud, dan satu tuhan lagi mahu kepada hudud, maka tuhan yang nak kepada hudud kalah kerana tuhan yang satu lagi tidak mahu kepada hudud".
Tun juga sebut orang umno kena balik kepada perjuangan asal parti iaitu untuk agama, bangsa dan tanahair. Tun sedar tak, perjuangan asal umno hancur dizaman pemerintahan tun sendiri
Perjuangkan agama ?Tun sendiri telah menghina islam dalam satu ucapan di Kelantan
Perjuangkan bangsa ? Tun menafikan hak royalti minyak Petronas kepada kerajaan Kelantan.Sedangkan 95 peratus di kelantan adalah mereka yang berbangsa melayu, tun telah mendaratkan gas di songkhla walaupun gas tersebut dekat dengan kelantan.
Perjuangkan tanahair ? Tun, penjajah tinggalkan 3 juta hektar tanah rezab melayu, sekarang separuh darinya telah dipindah hak milik hasil pengkhianatan amanah oleh pemimpin Umno.Tahun 1985,masih lagi dalam masa pemerintahan tun, tanah rezab melayu sudah tinggal
1.7 juta hektar. Bererti tun hanya bercakap kosong saja kepada JKKKP peringkat negeri Kedah.
No comments:
Post a Comment