Dendam pemimpin Umno terhadap keberanian rakyat Kelantan menyingkir parti itu pada 1990 belum berpenghujung kerana deraan politik masih lagi subur dalam diari politik Umno.
Kes terbaru di mana pengilang-pengilang beras yang membekalkan beras skim al It’aam untuk rakyat miskin di Kelantan pula diugut.
Skim berkenaan mulai diperkenalkan kerajaan negeri bermula Febuari lalu, di mana seramai 8,100 penduduk miskin yang disenaraikan di bawah senarai e-Tegar mendapat bantuan beras percuma 10 kg sebulan.
Bantuan beras percuma pada peringkat awal diperkenalkan Dun Wakaf Bharu tahun lepas, di mana seramai 225 penduduk miskin mendapat sumbangan Adun kawasan itu, Che Abdullah Mat Nawi.
Malangnya selepas 10 bulan skim itu berjalan lancar, Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan mendedahkan pemilik kilang dan pembekal beras percuma pula diugut.
”Saya difahamkan pembekal beras kepada skim al It’aam diberi amaran agar tidak ikut serta menjayakan program berkenaan,” katanya di sini.
Menurut sumber pengilang dan pembekal beras yang terbabit skim al It’aam diugut akan ditarik lesen sekiranya terus memberi kerjasama kepada kerajaan negeri. (Laporan Harakah )
ULASAN : Nampaknya Umno / BN makin terdesak apabila masih lagi beramal dengan perangai tradisi lama mereka iaitu mengugut.Inilah hakikat bahawa Umno / BN semakin lemah di Kelantan, walaupun Mustafa Muhammad menyatakan bahawa UMNO makin kukuh.Sekiranya Umno betul kukuh, kenapa masih takut untuk bersaing ? sehingga mengugut pembekal beras skim Al-It'aam supaya tidak bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan...ini bererti slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENAPAIAN DIUTAMAKAN adalah palsu.Inilah sikap Umno apabila mereka terdesak, mereka akan lakukan apa sahaja sekalipun bercanggah dengan undang-undang negara.
| |
No comments:
Post a Comment