Tuesday, October 11, 2011

Dakwa dapat IC, 200 pendatang dikepung

Sekumpulan kira-kira 200 orang yang dipercayai pendatang, kini sedang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung Desa Seri Putra, sedang mengepung mereka kerana mendakwa mereka akan diberi kewarganegaran dan didaftar sebagai pengundi.

Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga merupakan timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi Rakyat Pemuda PAS.

Mohd Adram berkata, pihaknya bersama-sama penduduk kampung Desa Seri Putra sedang mengepung mereka kerana mendakwa mereka akan diberi kewarganegaran dan didaftar sebagai pengundi

Beliau mendakwa pihaknya mendapat maklumat tersebut melalui risikan jentera mereka dan mengekori enam buah bas yang membawa kumpulan tersebut sejak jam 7.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, bas-bas berkenaan telah beredar dari situ, meninggalkan kumpulan tersebut di resort berkenaan.

No comments: