Tuesday, October 11, 2011

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta

Lawatan PM ke Kazakhstan bernilai lebih RM1 juta
Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

NONELawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

( www.malaysiakini.com/bm )

1 comment:

chop said...

Bagi kat penyokong UMNO kat kampong lebeh baik dari dok perabih kat lawatan yang belum tentu memulihkan ekonomi Malaysia ni. Tak bagi kat penyokong pakatan pun tak apa.