Thursday, November 19, 2009

174 KES TAUN / KOLERA DI TERENGGANU DIANTARA PENYAKIT AKHIR ZAMAN



PUTRAJAYA, 19 Nov (Bernama) -- Kes kolera, juga dikenali sebagai penyakit taun yang mula dilapor di Kuala Terengganu 11 Nov lepas, sehingga kini merekod 174 kes dengan satu kematian.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejumlah 116 kes dikesan dari 451 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 58 kes lagi dikesan dari 1,074 kontak terdekat kes kolera yang dilapor.

Satu kes kolera kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Ke-8 Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan di sini pada Khamis.

Liow berkata penyakit itu berjangkit melalui makanan atau minuman yang tercemar dengan kuman kolera kerana pengendalian makanan atau minuman yang tidak bersih.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan dan kawalan penyakit itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah memeriksa 65 premis dan 12 premis telah ditutup termasuk lima kilang ais kerana tahap kebersihan yang tidak baik.

"Sebanyak 71 sampel air dan 50 sampel makanan diambil untuk ujian kuman, di mana 35 sampel didapati negatif kepada V.Cholerae manakala 86 lagi masih menunggu keputusan. Sejumlah 36 telaga telah diklorin dan 304 tandas dan tempat pembuangan sampah telah didisinfeksi," katanya.

Liow berkata penularan taun kali ini juga membabitkan jenis yang berbeza kerana ia tidak dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik yang biasa digunakan untuk merawat penyakit itu.

Bagaimanapun penyakit itu masih boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik lain, katanya.

Liow turut menggesa mereka yang mengalami tanda-tanda cirit-birit agar tidak mengambil mudah dan segera mendapatkan rawatan, kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi, seterusnya mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang.

Orang ramai juga dinasihat supaya mengamalkan kebersihan diri yang baik, dan tidak melanggan atau makan di kedai atau gerai makanan yang diragui tahap kebersihannya, katanya.

Ulasan : Nabi SAW telah bersabda : "Sesungguhnya penyakit / wabak ini adalah azab yang ditimpakan kepada orang-orang sebelum kalian, atau kepada Bani Israel.Apabila ia berada disuatu daerah, maka janganlah keluar dari daerah ini melarikan diri darinya dan barangsiapa yang mengetahui daerah itu ada wabak ini maka janganlah mengunjunginya. (H.R Muslim).

Hadith ini juga adalah salah satu sumber penjagaan diri daripada penyakit-penyakit yang berbahaya dan juga kerosakan-kerosakan yang menghancurkan. Hal ini disebut didalam kamus kedoktoran sebagai satu usaha pengkuarantin iaitu mencegah berhubungan percampuran orang yang sakit dengan orang yang sihat.

Wabak kolera adalah salah satu jenis penyakit yang mematikan.Yang berjangkit pada ketiak, bahagian belakang telinga, hujung hidung serta pada daging-daging empuk.Penyakit ini dapat merosak anggota tubuh dan diikuti anggota tubuh yang lainnya.Juga kadang-kadang mengalirkan darah yang menyebabkan membawa kepada kematian.
Sabda Nabi SAW :
سيكون فى أخر الزمان خسف وقذف ومسخ إذا ظهرت المعازف والقينات واستحلت الخمر
Maksudnya : Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah bermaharajalela dalam kehidupan ummat manusia dan minuman keras telah dihalalkan. (H.R Thabrani)

No comments: