Saturday, November 28, 2009

MAT KOLONEL TELAH DIKENAL PASTI


Blogger Kickdeflla atau Syed Azidi Syed Aziz mengesahkan bahawa ayahnya yang juga kolonel bersara Syed Abdul Aziz Syed Razak yang juga dikenali sebagai 'Kolonel Mat' adalah individu yang dimaksudkan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai perancang konspirasi menjatuhkan kepimpinan Tuan Guru. Sumber dari http://www.pemudabesut.blogspot.com/ .
(Ulasan terhadap Mstar.com.my )
KUALA TERENGGANU: Nama 'Kolonel Mat' yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai dalang dalam konspirasi untuk menjatuhkannya, membuktikan memang ada unsur perpecahan dalam parti PAS itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata akhirnya PAS tidak dapat lagi menyembunyikan masalah dalaman yang berlaku walaupun ia seringkali dinafikan pimpinannya.

Katanya, walaupun mungkin nama 'Kolonel Mat' disebut Mursyidul Am PAS itu sebagai kiasan, ia secara jelas membuktikan adanya perpecahan dan permasalahan dalam parti itu yang disebabkan orang dalamnya sendiri.

"Sekarang jelas mereka sendiri telahpun menyatakan bahawa wujudnya perpecahan, wujud permasalahan, dan sebagainya. Orang ramai juga boleh lihat ianya tidak ada kena mengena dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) pun.

"Bagi saya mereka boleh menafikan (adanya perpecahan) tetapi tidak boleh menafikan selamalamanya.

"Akhirnya keretakan, permasalahan yang seringkali mereka tuduh berpunca dari UMNO dan BN, hari ini timbul di dalam parti mereka sendiri, dan kesannya datang dari tindak tanduk ahlinya sendiri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Nik Abdul Aziz Khamis lalu bahawa wujudnya konspirasi yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkannya sebagai Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.
Ulasan : Sangkaan politik Datuk Hisyamuddin Tun Hussein terhadap YAB Tuanguru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkait dengan Mat kolonel adalah tidak tepat.Datuk Hisyamuddin mendakwa bahawa konspirasi yang didalangi oleh Mat Kolonel adalah tanda perpecahan dalam PAS. Sebenarnya kita tidak mengetahui siapakah sebenarnya Mat Kolonel dalam PAS?Samada ahli atau tidak,dari cawangan mana? kawasan mana ?....Sebenarnya Mat Kolonel tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur berlakunya perpecahan dalam PAS.Lainlah sekiranya konspirasi itu datangnya dari pimpinan tertinggi seperti Datuk Paduka Husam Musa, Dato' Nik Mohd Amar, Dato' Takiyuddin dan ramai lagi dikalangan pimpinan PAS barulah standard untuk Hisyamuddin nyatakan bahawa dalam PAS berlaku perpecahan.Mat Kolonel hanya boleh dikatakan pengkhianat, yang nak menjatuhkan Tokguru sebagai menteri besar sahaja.Bagaimana mungkin Mat Kolonel boleh lakukan perpecahan dalam parti sedangkan beliau sendiri tidak berada dalam parti itu.

No comments: