Tuesday, November 10, 2009

DARI DULU SAMPAI SEKARANG, UMNO HANYA SLOGAN

AMPANG - Penantian seorang ibu tunggal, Inson Yaakob, 52, untuk mendapatkan bekalan air bersih sejak 25 tahun yang lalu berakhir apabila menerima bekalan air bersih daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Ibu kepada 12 orang anak yang tinggal di Ulu Sungai Ampang, Lembah Jaya Utara Ampang, Hutan Rimba Ampang di sini menarik nafas lega kerana berjaya mengecapi apa yang diidam-idamkan selama ini.

Apa yang lebih menggembirakannya, kos pemasangan paip sebanyak RM2,000 ditanggung oleh pihak Syabas.

Pengurus Besar, Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, walaupun Syabas telah meluluskan permohonan untuk menyalurkan bekalan air tetapi ia tidak dapat dibuat kerana Inson tidak mampu mengupah kontraktor memasang paip.

"Sebelum ini, Syabas tidak mengetahui kedaifan hidup Inson dan anak-anaknya tetapi selepas dia menghantar surat memohon bantuan, barulah Syabas turun padang melihat kawasan rumahnya.

"Disebabkan Inson adalah ibu tunggal yang tidak bekerja, maka Syabas bersetuju untuk memasang paip secara percuma di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat," katanya kepada pemberita selepas memasang meter paip air di rumah Inson semalam

Ulasan:Bayangkanlah setelah 25 tahun baru dapat merasai bekalan air bersih.Pakatan Rakyat memerintah baru setahun lebih,23 tahun lagi adalah pemerintahan BN.Ke mana perginya wakil rakyat sebelum ini, JKKK buat apa ?.BN selama-lamanya akan mementingkan slogan.Di zaman Dr Mahathir slogannya "Tradisi membela rakyat".tapi rakyat seperti Puan Anson ni pun tak terbela.Sedangkan 25 tahun yang lampau adalah masih lagi dalam pemerintahan Dr Mahathir yang menggunakan slogan tadi.Parah lagi di Pulau Pinang pada awal tahun 2009, 17 orang penduduk kampung Teluk Wang dalam DUN Penanti telah diberi bekalan air bersih setelah memohon selama 51 tahun.Projek asas untuk rakyat pun mereka tidak mampu untuk dilaksanakan kepada rakyat. Dan nampak gayanya sekarang pun hanya slogan sahaja "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan " tidak mustahil akan bertukar menjadi " Najib didahulukan, Rosmah diutamakan" apabila Kelantan sepatutnya menerima royalti tetapi hanya diberi wang ehsan.Najib mendahulukan politiknya daripada rakyat yang memerlukan kepada royalti tersebut.

No comments: