Thursday, November 19, 2009

EKSPIDISI PEMUDA PAS KUANTAN BERJAYA

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuantan dan Jabatan Amal Kawasan telah mengadakan Ekspidisi bermotor pada 14-15 Nov 2009. Program ini bermula dengan gotong royong di masjid Al-Fattah kemudiannya menyampaikan bantuan ke Kg Batu 3, Kg Kurnia, Kg Belukar, Kg Razali, Kg Ubai, Kg Cheruk Paluh,Kg Sepat dan Kg Penur. Pada malamnya para peserta bermalam di Pusat Pendidikan Islam An-Nuur, Kg Kuala Penur .
Pada 15 Nov DPP Kawasan dan Jabatan Amal telah mengadakan gotong royong membersihkan kubur Kg Cempaka. Selepas itu rombongan menuju ke Taman Kempadang Permai untuk menyampaikan sumbangan kepada seorang remaja yang telah ditimpa musibah kemalangan di Kg Cempaka minggu lepas. Kemudian rombongan menuju ke surau Pasir Putih Peramu untuk makan tengahari dan majlis berakhir di situ
Peserta Ekspidisi sedang bergotong royong membersihkan persekitaran
masjid Al-Fattah, Batu 3 Jln Gambang.
Program XPDC kebajikan Amal ini telah dirasmikan oleh
Sdr Razali Mohd Ramli ( Setiausaha Pas Kawasan Kuantan )
Peserta berhimpun di Masjid Al-Fattah sebelum bertolak
menyampaikan sumbangan
Menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Kg Kurnia
Rombongan Ekspidisi berarak dari kg Batu 3 ke kampung Belukar
Ahli Jabatan Amal meredah lopak-lopak air hujan dan air longkang untuk
menyampaikan sumbangan di Kg Belukar
Ust. Fadhli mewakili DPP dan Jabatan Amal menyampaikan
sumbangan
DPP kawasan dan Jabatan Amal menziarahi Ayah Man yang uzur
dirumahnya Kg Belukar....nasihatnya masih berbisa sekalipun uzur
Jabatan Amal Kuantan dan pelajar Pondok An-Nuur
sedang membersihkan kubur
Ahli Jabatan Amal Kuantan bergambar selepas membersihkan kubur
Kampung Cempaka, jln Pantai Sepat yang terletak di lorong Cempaka 5.
Menyampaikan hamper kepada mangsa kemalangan di
Taman Kempadang Permai. Selepas itu rombongan berdoa beramai-ramai semoga Allah
menyembuhkan beliau dari musibah yang menimpanya

1 comment:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....