Tuesday, November 10, 2009

KEHEBATAN HAJI MABRUR


عن عبد الله بن مسعود قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم " تابعوا بين الحج والعمرة فإنَهما ينفيان الفقر
والذنوب كما ينفى الكير خبث الحديد والذهب والفضَة وليس للحجة المبرورة ثواب إلا الجنَة
Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mas'ud berkata, RasuluLlah SAW telah bersabda " Hubungkan olehmu diantara haji dan umrah (didalam satu masa), kerana keduanya itu boleh menghapuskan kefakiran dan menghapuskan dosa sebagaimana tukang besi menghembus akan tahi-tahi besi,emas dan perak dan tiadalah bagi haji yang mabrur itu melainkan syurga.

1. Imam An-Nawawi menyatakan didalam Syarah Muslim bahawa Haji mabrur adalah yang tidak bercampur dengan dosa.Dan dikatakan juga bahawa Haji mabrur itu haji yang diterima oleh Allah SWT.

2. Tanda-tanda haji diterima oleh Allah SWT ialah apabila kembali ke tanah air, perangainya lebih baik daripada sebelum menunaikan haji.Segala bentuk maksiat ditinggalnya.

3. Pahala haji mabrur ini bukan setakat diampuni segala dosa-dosanya bahkan mereka juga dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

4. Mereka yang melaksanakan ibadah haji beserta umrah Allah SWT akan menghapuskan kepapaan dan dosa-dosa mereka serta kehidupan mereka akan menjadi bahagia.

No comments: