KOTA BHARU, 9 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bersedia menyampaikan kuliah pada mana-mana majlis Ilmu di Kelantan termasuk pada kuliah tetap Tuan Guru Nik Abdul Aziz setiap Jumaat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabat Menteri Besar Kelantan, Kota Darul Naim pagi tadi.
“Saya sanggup menjadi penceramah di Kelantan jika dijemput termasuk di Medan Ilmu.
"Walapun jaraknya agak jauh, namun tiada masalah bagi saya,” ujar beliau.
Dr. Asri ditahan oleh JAIS pada lewat malam 1 November lalu ketika sedang menyampaikan kuliah di sebuah banglow di Selangor kerana didakwa megajar tanpa tauliah.
Sewaktu penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Aziz antara individu yang mempertikaikan motif penahanan Dr Asri.
Dalam pada itu bekas mufti terbabit juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Johor kerana memberi kebenaran kepadanya meneruskan kuliah di negeri tersebut.
“Ini menggambarkan keterbukaan intelektual kerajaan Johor dan diharapkan dapat dilakukan sama negeri-negeri lain,” katanya.
Kuliah Jumaat di Medan Ilmu merupakan kuliah tetap Menteri Besar Kelantan yang turut dihadiri ribuan rakyat dari seluruh negeri kelantan dan dari luar.
Dr Mohd Asri juga berkata, Kelantan sejak dari dahulu lagi mengamalkan keterbukaan di mana beliau pernah dijemput menyampaikan ceramah agama di negeri ini.
Oleh itu beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan kerana memahami suasana yang beliau alami.
Beliau juga sebelum ini pernah menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas keluar dari Intitut Jantung Negara.
Ulasan: Inilah keistimewaan pemerintahan dibawah Tokguru, sentiasa bersifat terbuka, meraikan sesiapa sahaja samada kawan ataupun lawan dalam kesusahan. Sewaktu Dato' Sri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM dan Timb. Presiden Umno, beliau diberi ruang oleh kerajaan Negeri Kelantan untuk meluahkan perasaannya di stadium Negeri Kelantan yang kehadirannya mencecah puluhan ribu manusia.Begitu juga dengan jaguh lompat,Datuk Paduka Ibrahim Ali yang dipecat dari UMNO,meraih simpati dengan Pas untuk menjadi anak angkat PAS.Ibrahim Ali diberi peluang diatas pentas PAS untuk berucap menyatakan ketidakpusannya terhadap UMNO, segala bentuk penyelewengan UMNO telah dibongkar.Allahyarham Tun Ghafar Baba juga pernah diberi ruang diatas pentas Pas di Kelantan semasa beliau melawat negeri itu sebelum beliau meninggal dunia.Kini bekas mufti Perlis juga menawarkan diri untuk menyampaikan kuliah dimana-mana majlis ilmu di Kelantan setelah berlaku kes penangkapannya oleh JAIS beberapa minggu yang lepas.Bagi saya sudah tentunya tuanguru tidak menolak tawaran itu asalkan ajaran yang dibawanya menepati ajaran islam yang tulin.Keterbukaan yang tidak menggadai prinsip perjuangan inilah yang menyebabkan Kelantan mampu bertahan ke saat ini.
No comments:
Post a Comment