Friday, November 6, 2009

AHLI PAS HARUS MENOLAK AZIZ BARI SEMACAM MEREKA MRNOLAK "UG"

AHLI PAS HARUS MENOLAK AZIZ BARI
SEMACAM MEREKA MENOLAK "UG".

" Apabila saya membaca temuramah Aziz Bari dalam Malaysiakini, beliau tidak lagi
se[erti seorang ahli akademik, bahkan ianya telah bertukar menjadi ahli akademik 25 %.

Aziz Bari dalam wawancaranya dengan Malaysiakini hari ini semakin menyerlahkan keanggkuhan dan kesombongannya, sekaligus terlondeh segala adab-adab dan harga diri "keserjanaan" yang dimilikinya selama ini. Kata-kata Ulama yang mengatakan "Ilmu seseorang itu dihormati kerana adab

Aziz yang menjadi jurucakap kepada sebuah konspirasi yang semakin hampir terbongkar ini rupanya semakin "galak" bermain dengan api fitnah. Kelembutan dan kesediaan Pas khususnya Presiden memberikan ruang untuk beliau berucap dalam seminar esok ( 7 Nov) rupanya gagal difahami oleh "sarjana" ini. Rupanya beliau semakin merasakan suaranya dihargai. Pemikiran " bernas"nya diterima oleh ahli Pas dan beliau merasakan beliau benar-benar "hero" yang akan memberikan "nyawa" kepada Pas yang konon pada pandangan beliau sedang "nazak".

Siapa beliau?..Aziz Bari bukan "ahli Pas". Aziz Bari bukan anak usrah Pas. Aziz Bari bukan pimpinan pas, hatta bukan pimpinan cawangan pun. Kita bukan sombong sehingga tidak mahu mendengar "suara" dari luar kelambu Pas. Namun tindakan Aziz Bari mendesak secara terang-terangan agar "isteri mintak cerai dengan suami, dan memburuk-burukkan suami dihadapan anak-anak" adalah suatu tindakan "jahat" yang melampau. Tindakan "biadap" yang memuntahkan segala nilai-nilai seorang ilmuan.

Muntah hanyir itu kini sangat memualkan mereka yang selama ini menghormati beliau. Mungkin benar rumahtangga Pas ada kelemahan, namun hentaman Aziz Bari terhadap pimpinan Pas tidak lagi boleh dianggap "nasihat". Ianya adalah suara "khianat" yang terbit dari "kesumat" yang hanya Allah Yang Tahu sebesar mana kesumat itu dalam gumpalan urat jantung Aziz Bari.

Saya telah ikuti tulisan Aziz Bari dalam setiap keluaran sinar harian. Ternyata "segala komen dan ucapan belasahnya" terhadap Dato' Seri Presiden bukan kerana beliau "sayangkan Pas". Namun belasahnya itu adalah belasah orang yang beragenda. Belasah orang yang ada motif yang tersembunyi. Sekali lihat apabila beliau menyerang Tuan Guru Presiden semacam disebabkan kerana beliau sayangkan Tuan Guru Nik Aziz. Saya yakin bukan begitu. Sayang yang "dibuat-buat" terhadap Tuan Guru Nik Aziz itu hanya untuk menarik sokongan sebahagian ahli Pas agar bersama dengan agenda beliau untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden.


Saya percaya jika sekiranya Tuan Guru Presiden berundur gara-gara kerja terancang Aziz ini, maka akan menyusul pula jadual baru Aziz mengundurkan Tuan Guru Mursyidul Am dengan berbagai analisa politik yang lain pula. Kerja Aziz hanya akan dikira selesai apabila "kumpulan Dedalu" berjaya mengambil alih tampuk kepimpinan Pas, atau sekurang-kurangnya berjaya berada di Posisi yang penting dalam menentukan halatuju Pas. Selepas itu akan dibentuk satu wajah baru Pas, yang pastinya tidak lagi meletakkan agenda "Negara Islam" sebagai cita-cita Pas.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ahli Pas telah pun perasan akan adanya gerakan "dedalu" ini. Dulu mereka berada diluar Pas.

Waktu itu mereka cuba bersaing dengan Pas. Pas dijadikan sasaran keritikan dalam usrah mereka. Namun apabila kumpulan mereka berpecah ( kerana ada ura-ura sebahagian ahli akan menukar presiden) maka mereka berkelana sendirian. Waktu itu mereka melihat saham Pas berada dianak tangga pertama dalam carta politik Negara. Maka berhijrahlah mereka kepada Pas. Kononnya untuk berkongsi pengalaman dan cita-cita perjuangan. Pas sebagai sebuah gerakan Islam menerima "taubat" siapa sahaja.

Asalkan dapat bersama-sama memacu perjuangan ini kegerbang jaya. Namun dedalu ini masih punya agenda tersendiri. Maka secara senyap-senyap mereka adakan "jamaah dalam jamaah, mesyauart dalam mesyuarat". Usaha-usaha menaikkan rakan-rakan semazhab mereka dilakukan secara licik dan tersusun. Mungkinkah mereka di belakang Aziz Bari? ...kita mohon kepada Allah agar mendedahkan kepada kita konspirasi ini.

Saya yakin..Ahli Pas akan berdiri teguh dibelakang barisan kepimpinan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden dan semua saf kepimpinan Pas Pusat, Negeri dan Kawasan. Apapun kelemahan kita, akan kita baiki bersama dalam "keluarga" kita. Tidak perlu "makhluk asing" yang datang mengajar kita siapa yang patut kita pilih sebagai pemimpin dan siapa yang patut kita singkirkan.

Kita bukan baru sehari dua hidup bersama kedua-dua tokoh kesyangan kita ini. Sudah puluhan siri kuliah dan ceramah mereka berdua kita ikuti. Seminar dan kertas kerja usah diceritakan lagi. Qiamullail dan munajat yang dipimpin oleh mereka berdua telah ratus kali kita ikuti. Saat Pas berpapah bangun diawal-awal tahun 80an, siapa yang membimbing semangat perjuangan kita?...Aziz Bari?...dan dedalu yang satu kafilah dengannya?...

Ya Allah selamatkan jamaah ini dari sentuhan tangan-tangan syaitan....

No comments: